Panggilan Kecemasan Di Lebuhraya Grik-Jeli

Domestic Roaming Highway
Bagi pengguna telco Maxis, U Mobile atau Digi ini memang meresahkan mereka yang melalui Lebuhraya Timur-Barat tetapi bagi pengguna Celcom tidak menjadi masalah kerana menara pemancarnya berada di sepanjang laluan lebuhraya ini. Kepada anda yang menggunakan perkhidmatan selain Celcom jangan terus panik, cuma bagi pengguna Maxis, U Mobile atau  Digi mereka perlu ubah setting di telefon dengan mengeset network setting telefon kepada manual, kemudian pilih Celcom dan ubah semula ke automatik. Apabila anda memasuki bandar Grik atau Jeli, telefon anda akan kembali semula kerangkaian asal. Kawasan sepanjang lebuhraya ini adalah zon domestic roaming dan semua telefon dapat digunakan di sepanjang lebuh raya tersebut. Ini penting terutama kepada pengguna selain Celcom sekiranya berlaku kecemasan.