Bahaya Klorin & Florida Dalam Air Rawatan

 
Klorin & florida adalah sebahagian daripada bahan kimia yang ada dalam air rawatan atau lebih dikenali air paip berbayar. Klorin digunakan untuk membunuh kuman yang wujud dalam air rawatan & florida sebagai ejen untuk menguatkan tulang dan gigi. Walaupun ianya hanyalah kuantiti yang kecil tetapi untuk jangka masa panjang ianya merupakan racun yang terpendam. Kesan-kesan negatif pada bahan kimia ini:

KLORIN

klorin itu boleh dikesan dalam kepekatan serendah 1 ppm. Batuk dan muntah-muntah mungkin berlaku pada 30 ppm dan kerosakan paru-paru pada 60 ppm. Kira-kira 1000 ppm boleh membawa maut selepas terhidu bau gas. Klorin dianggap beracun di peringkat yang lebih tinggi, walaupun dalam jumlah yang kecil, ia boleh meransangkan mata, dan mambran mukus yang lain. Ia adalah oksidan yang kuat yang menyebabkan kerosakan protein pada rambut dan kulit menjadi gatal-gatal dan mengelupas. Isu yang sebenarnya tidak hanya kepada toksik klorin tetapi bagaimana hasil sampingan klorin yang akan kekal di dalam alam sekitar. Kesan kumulatif dioksin pada manusia mengakibatkan kecacatan kelahiran, kanser, gangguan pembiakan dan kerosakan sistem imunan. Penapis karbon teraktif mengurangkan klorin dari air paip rawatan. Sistem osmosis songsangan dengan karbon pra-penapis juga akan mengurangkan sehingga 99% daripada klorin di dalam air tersebut.

FLORIDA

Pendedahan jangka masa panjang florida boleh menyebabkan florosis gigi yang teruk, florosis rangka dan tulang yang lemah. Jika terdedah dengan banyaknya akan merosakan tulang keras anda, bayangkan kerosakan yang akan berlaku di tisu lembut, organ-organ dalaman dan kelenjar di mana florida telah terkumpul pada paras yang tinggi. Florida juga toksik dan tidak disyorkan kepada mereka untuk menelan ubat gigi walaupun dalam jumlah yang kecil. Sistem osmosis songsangan akan mengeluarkan sehingga 95% florida dari air rawatan. Karbon pra-penapis tidak boleh mengurangkan kesan florida.