Panggilan Kecemasan Di Lebuhraya Grik-Jeli

Domestic Roaming Highway
Bagi pengguna telco Maxis, U Mobile atau Digi ini memang meresahkan mereka yang melalui Lebuhraya Timur-Barat tetapi bagi pengguna Celcom tidak menjadi masalah kerana menara pemancarnya berada di sepanjang laluan lebuhraya ini. Kepada anda yang menggunakan perkhidmatan selain Celcom jangan terus panik, cuma bagi pengguna Maxis, U Mobile atau  Digi mereka perlu ubah setting di telefon dengan mengeset network setting telefon kepada manual, kemudian pilih Celcom dan ubah semula ke automatik. Apabila anda memasuki bandar Grik atau Jeli, telefon anda akan kembali semula kerangkaian asal. Kawasan sepanjang lebuhraya ini adalah zon domestic roaming dan semua telefon dapat digunakan di sepanjang lebuh raya tersebut. Ini penting terutama kepada pengguna selain Celcom sekiranya berlaku kecemasan.

Bahaya Klorin & Florida Dalam Air Rawatan

 
Klorin & florida adalah sebahagian daripada bahan kimia yang ada dalam air rawatan atau lebih dikenali air paip berbayar. Klorin digunakan untuk membunuh kuman yang wujud dalam air rawatan & florida sebagai ejen untuk menguatkan tulang dan gigi. Walaupun ianya hanyalah kuantiti yang kecil tetapi untuk jangka masa panjang ianya merupakan racun yang terpendam. Kesan-kesan negatif pada bahan kimia ini:

KLORIN

klorin itu boleh dikesan dalam kepekatan serendah 1 ppm. Batuk dan muntah-muntah mungkin berlaku pada 30 ppm dan kerosakan paru-paru pada 60 ppm. Kira-kira 1000 ppm boleh membawa maut selepas terhidu bau gas. Klorin dianggap beracun di peringkat yang lebih tinggi, walaupun dalam jumlah yang kecil, ia boleh meransangkan mata, dan mambran mukus yang lain. Ia adalah oksidan yang kuat yang menyebabkan kerosakan protein pada rambut dan kulit menjadi gatal-gatal dan mengelupas. Isu yang sebenarnya tidak hanya kepada toksik klorin tetapi bagaimana hasil sampingan klorin yang akan kekal di dalam alam sekitar. Kesan kumulatif dioksin pada manusia mengakibatkan kecacatan kelahiran, kanser, gangguan pembiakan dan kerosakan sistem imunan. Penapis karbon teraktif mengurangkan klorin dari air paip rawatan. Sistem osmosis songsangan dengan karbon pra-penapis juga akan mengurangkan sehingga 99% daripada klorin di dalam air tersebut.

FLORIDA

Pendedahan jangka masa panjang florida boleh menyebabkan florosis gigi yang teruk, florosis rangka dan tulang yang lemah. Jika terdedah dengan banyaknya akan merosakan tulang keras anda, bayangkan kerosakan yang akan berlaku di tisu lembut, organ-organ dalaman dan kelenjar di mana florida telah terkumpul pada paras yang tinggi. Florida juga toksik dan tidak disyorkan kepada mereka untuk menelan ubat gigi walaupun dalam jumlah yang kecil. Sistem osmosis songsangan akan mengeluarkan sehingga 95% florida dari air rawatan. Karbon pra-penapis tidak boleh mengurangkan kesan florida.

Had Laju Lebuhraya Utara-Selatan


Purata had laju di Lebuhraya Utara-Selatan adalah 110 kilometer sejam (km/j) kecuali di beberapa tempat berikut:-
  • Bukit Kayu Hitam-Jitra: 90 km/j (bahagian lebuhraya dengan simpang searas (at-grade))
  • Kuala Kangsar-Jelapang: 80 km/j (kawasan bukit dengan selekoh berbahaya)
  • Gua Tempurung: 90 km/j (kawasan bukit)
  • Persimpangan Bukit Lanjan: 80 km/j (untuk mengawal aliran trafik NKVE dengan jajaran utara)
  • Bukit Lanjan-Jalan Duta: 90 km/j (bahagian naik/turun bukit curam)
  • Sungai Besi-Bangi: 90 km/j (kepadatan trafik yang tinggi)
  • Alor Gajah-Ayer Keroh: 90 km/j (angin lintang)
  • Sg. Dua-Juru: 90 km/j (kepadatan trafik tinggi dari/ke Jambatan Pulau Pinang)
Sumber: Wikipedia