Anti Virus SMADAV

Anti virus SMADAV adalah satu perisian komputer untuk mengesan jenis-jenis virus yang meneyerang sistem komputer. Dihasilkan oleh pengaturcara 100% dari negara Indonesia, amat sesuai digunakan untuk komputer yang menggunakan OS Windows 7. Ianya boleh dimuat turun secara percuma atau memberi sumbangan dana seberapa yang mampu bergantung pada pakej yang ditawarkan, untuk SMADAV Pro sahaja. Adakalanya SMADAV ini akan mengesan virus tetapi ianya bukan jenis virus, kemungkinan malware pada software tersebut. Jika komputer anda menggunakan lain-lain jenis produk anti virus kemungkinan anti virus anda akan mengesan SMADAV adalah sejenis virus (jika muat turun SMADAV pada komputer yang sama). Tidak menjadi masalah jika menggunakan dua jenis software anti virus dalam satu komputer. Anda semua boleh mencuba produk ini dengan melawati portal www.smadav.net yang semestinya ianya PERCUMA dan sentiasa di 'update'.

Kesan Air Coke Dalam Masa 60 Minit

Apabila seseorang minum Coke, cuba lihat apa yang berlaku......
  1. Dalam 10 minit Pertama: 10 sudu teh gula memasuki sistem badan anda. (100% daripada pengambilan harian yang disyorkan.) Anda tidak akan merasa muntah secara tiba-tiba dari kemanisan yang amat sangat kerana asid fosforik memotong rasa yang membolehkan anda terus minum. 
  2. 20 minit: Gula mula sebati dalam darah anda, yang menyebabkan insulin pecah. Hati anda bertindak balas dengan menjadikan gula sebagai lemak.
  3. 40 minit: Penyerapan kafein selesai. Tekanan darah anda meningkat, Reseptor trifosfat di dalam otak anda sekarang disekat untuk mencegah rasa mengantuk. 
  4. 45 minit: Pengeluaran dopamine dalam badan anda meningkat untuk merangsang pusat keseronokan otak anda. Ini adalah contoh kesan fizikal yang sama seperti mengambil heroin.
  5. Dalam tempoh hanya lebih 60 minit: asid fosforik mengikat kalsium, magnesium dan zink di dalam usus untuk menyediakan rangsangan dalam metabolisme. Ini diburukkan lagi oleh dos gula yang tinggi dan pemanis tiruan juga meningkatkan rasa terkencing. 
  6. Dalam tempoh hanya lebih 60 Minit: sifat-sifat diuretik kafein mula memainkan peranan. (Menyebabkan anda terkencing.) Kini memberi jaminan bahawa anda akan mengeluarkan kalsium terikat, magnesium dan zink pada tulang anda serta natrium, elektrolit dan air. 
  7. Dalam tempoh hanya lebih 60 minit: Oleh kerana sistem badan anda sudah rosak disebabkan serangan gula, anda boleh menjadi cepat marah dan/atau lembap. Anda juga kini, secara sedar, mabuk disebabkan kandungan dalam Coke. Tetapi tidak sebelum mengambil Coke dengan nilai nutrien dalam badan anda, boleh digunakan pada perkara-perkara yang mempunyai keupayaan untuk hidrat sistem badan atau membina tulang dan gigi yang kuat.

Pekerja Yang Diidamkan Majikan



Semasa menceburi bidang pekerjaan, George Edward, seorang jurutera dipanggil oleh pengurus syarikat tempatnya bekerja. “George… untuk jadi pekerja yang baik, awak perlu amalkan 9 sifat ini,” kata ketuanya lalu menerangkan satu persatu.
  1. Jangan berbohong. Ia membuang masa saya dan masa awak juga. Ingat, awak pasti tertangkap juga akhirnya - itu adalah akhiran yang tentu sekali menyakitkan.
  2. Tengok kerja awak, bukannya jam. Bila awak tekun bekerja, hari yang panjang akan berasa begitu pendek, tapi kalau asyik tengok jam, muka dan muncung awak akan jadi panjang.
  3. Berikan saya lebih daripada yang saya harapkan, saya akan bayar lebih daripada yang awak jangkakan. George, saya boleh tambah gaji awak, tak ada masalah, dengan syarat… awak tingkatkan keuntungan syarikat dulu.
  4. Sayang dan hargai diri. Sentiasalah rasa terhutang budi pada diri sendiri.
  5. Perbutan keji bukan terjadi secara kebetulan. Jangan buat perkara-perkara yang buruk kerana pekerja yang baik boleh mengenal pasti pengaruh-pengaruh negatif.
  6. Buat hal sendiri, jangan peduli orang lain. Dengan adanya masa yang terluang itu, awak boleh merancang sesuatu yang berfaedah untuk diri sendiri.
  7. Jangan rosakkan nama baik awak. Pekerja yang sanggup mencuri untuk diri saya, pasti juga akan mencuri sesuatu dari saya.
  8. Jangan beritahu benda yang saya suka dengar. Saya tak perlukan budak suruhan untuk memenuhi kehendak peribadi saya, tapi seorang yang boleh diharapkan untuk menambah wang syarikat.
  9. Kalau awak berbaloi diperbetulkan, maknanya awak juga berbaloi untuk terus menjadi pekerja kami.
Sambung si pengurus tadi, 9 keperluan tadi menjadi asas kepada perhubungan yang baik antara majikan dan pekerja. George mengamalkan semua 9 keperluan tersebut dan akhirnya dia menjadi salah seorang jurutera terkenal di dunia. Pembaca sekalian, tidak kira di pihak mana kita berada, dalam sektor mana kita bekerja, pesanan diatas relevan untuk diamalkan.

Apakah Pendapat Wanita Tentang Lelaki?

  • Keajaiban lelaki; boleh pakai seluar dalam yang sama empat hari berturut-turut. Hari pertama, betul kedudukannya. Hari kedua, diterbalikkan. Hari ketiga, yang belakang dibawa kedepan. Hari keempat, yang belakang dibawa ke depan, tapi diterbalikan sekali lagi.
  • Lelaki itu seperti telefon, ada banyak butang. Itulah yang menyebabkan lelaki rasa diri mereka sangat berharga.
  • Kalau orang lelaki berkata, “Saya akan hubungi awak” tapi dia tak hubungi, maknanya dia tak lupakan awak, dia tak hilang nombor telefon awak, dia belum mati lagi. Dia cuma tak mau hubungi awak!
  • Lelaki mudah lupa, sebab itu televisyen siarkan ulang tayang selepas gol dijaringkan. Berulang kali pulak tu!
  • Kalau lelaki masakkan makan malam untuk anda dengan lauk ikan kembung goreng, sayur sawi dan sebiji telur mata kerbau, itu maknanya dia serius untuk meneruskan hubungan dengan anda!
  • Lelaki itu macam iklan komersil, tiada satu pun kata-katanya boleh dipercayai

Apakah Pendapat Lelaki Tentang Wanita?

  • Ketika usianya 17 – 20 tahun, wanita itu seperti benua Afrika. Baru separuh diterokai, separuh lagi dipenuhi hutan belantara, alam semulajadinya cukup indah dengan delta yang subur.
  • 21 – 30 tahun, macam benua Amerika. Maju, amat produktif dan berharga dari segi perdagangan.
  • 31 – 35 tahun, macam benua India. Sangat panas, percaya dengan kecantikan diri.
  • 36 – 40 tahun, macam Perancis. Sudah berusia tapi masih hangat dan banyak tempat untuk dilawati.
  • 41 – 50 tahun, macam Yoguslavia. Kalah perang, dihantui kesilapan silam dan perlu dibangunkan semula.
  • 51 – 60 tahun, macam Rusia. Sangat luas sehingga sempadannya tak termampu dijaga sepenuhnya, cuaca melampau, semua orang jauhkan diri.
  • 61 – 70 tahun, macam Mongolia. Sejarah silamnya sungguh hebat tapi masa depannya…?
  • 70 tahun ke atas,macam Afghanistan. Semua orang tahu lokasinya tapi tiada siapa yang sudi melawat!

Belajarlah Dari Alam

Belajarlah dari matahari: adil menebar cahaya dan memberikan kehangatan kepada semua, baik yang terawang-awang di angkasa mahupun yang berterbangan di atas bumi, kepada yang miskin mahupun yang kaya,yang mulia hatinya juga buat si kejam… kepada semua makhluk ciptaan Ilahi.


Belajarlah dari bunga: sentiasa senyum menyebarkan harumannya menghadiahkan kecantikan untuk mengubathati yang gundah, juga menggembirakan setiap mata yang memandang.


Belajarlah dari lebah: sentiasa berganding bahu, bekerja dengan hati yang riang dan semangat membara.


Belajarlah dari pokok: menghadiahkan buah yang manis dan segar sambil menundukkan dahannya.


Belajarlah dari bulan: tenang memancarkan cahayanya yang kemilau dan indah buat menyuluh malam yanggelap.


Belajarlah dari sungai: tabah bergerak menuju ke destinasi dengan meredah apa saja halangan hinggalahsampai ke muara. Airnya yang lembut dan tenang tapi tiada sorang pun mampumenghalang kemaraannya.


Belajarlah dari daun yang luruh: sabar ketika menghadapi kesukaran, sentiasa tersenyum menunggu hari yang baikdan sesuai untuk tumbuh kembali.


Belajarlah dari hutan: kehadirannnya dinanti-nantikan buat menyejuk alam yang hangat, membasahikekeringan, menghijaukan tanah yang gersang dan memberi ‘nyawa’ kepada tumbuh-tumbuhan.

Lihatlah kedalam diri, pelajari sifat-sifat alam yangdicipta Sang Penguasa Agung. Ya, belajarlah dari alam kerana kita jugasebahagian darinya.

Kisah Gambar Penyakit Pada Kotak Rokok



Amalan meletakkan gambar organ-organ badan manusia yang rosak akibat tabiat merokok pada kotak rokok, seperti yang dilakukan di negara ini sekarang, sebenarnya telah diamalkan di Kanada sejak tahun 2001 lagi. Apa hendak dihairankan, kita sememangnya selalu terlambat, sebab kita lebih pentingkan $$$$.....

10 Langkah Untuk Menjimatkan Elektrik

  1. Lakukan pengauditan tenaga elektrik. Ini boleh dilakukan dengan memeriksa penggunaan peralatan elektrik yang menggunakan banyak tenaga elektrik. Bil elektrik hendaklah konsisten dengan penggunaan peralatan elektrik.
  1. Matikan suis dan tanggalkan plag apabila peralatan elektrik tidak digunakan.
  1. Matikan suis lampu, kipas dan hawa dingin apabila tiada sesiapa di dalam bilik.
  1. Bertukar kepada lampu jenis elektronik untuk pencahayaan dalaman.
  1. Peti sejuk – elakkan daripada membuka pintu peti sejuk dengan kerap kerana 30% udara sejuk akan keluar setiap kali pintu dibuka.

  1. Pendingin hawa – tetapkan suhu pendingin hawa kepada 23 – 260C atau gunakan pendingin hawa jenis inverter.
  1. Beli pendingin hawa yang sesuai saiz bilik kerana ia akan membantu mengelakkan pembaziran tenaga.
  1. Mesin basuh – jika anda kerap menggunakan mesin basuh, dicadangkan membeli mesin basuh jenis muatan hadapan.
  1. Komputer – elekkan menggunakan screen saver dan matikan suis monitor jika tidak digunakan.
  1. Saterika – setiap kali menggosok pakaian, hendaklah dalam jumlah yang banyak.

Perisian Android OS

Android adalah sistem operasi (OS) untuk peranti bergerak seperti telefon pintar, komputer tablet dan notebook. Android dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU. Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc. (firma yang kemudiannya telah dibeli oleh Google). Kemudian untuk mengembangkan Android, Open Handset Alliance ditubuhkan bersama, konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, Nvidia dan Samsung. Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta menulis aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan. Dianggarkan hampir 70,000 aplikasi untuk Android boleh didapati, menjadikanya sasaran pengembangan peralatan kedua paling popular untuk peralatan mobile.

Sejarah versi Android OS bermula dari Android 1.0 pada September 2008. Android adalah satu sistem operasi mudah alih yang telah menyaksikan beberapa kemaskini sejak dibangunkan. Kemas kini kepada sistem operasi asas biasanya membetulkan bug dan menambah ciri-ciri yang baru. Sejak April 2009, setiap versi Android telah dibangunkan di bawah kod nama berdasarkan pencuci mulut. Versi ini telah dikeluarkan dalam susunan abjad: Cupcake(1.5), Donut(1.6), Eclair(2.0/2.1), Froyo(2.2.x), Gingerbread(2.3.x), Honeycomb(3.x) dan Ice Cream Sandwich(4.x). Versi pra Android digelar Astro dan Bender, tetapi nama-nama ini tidak dapat digunakan atas sebab-sebab cap dagangan.

Android Market adalah sebuah kedai perisian online yang dibangunkan oleh Google untuk peranti Android OS. Merupakan satu gerbang program permohonan ("app") yang dipanggil "Market", penanda bagi kebanyakan peranti Android, membolehkan pengguna untuk melayari dan memuat turun aplikasi mudah alih yang diterbitkan oleh pemaju pihak ketiga. Pengguna juga boleh mencari dan membaca maklumat terperinci mengenai aplikasi di laman web Android Market.

Kisah Sony Playstation

PlayStation mula muncul seawal 1986 semasa Nintendo berusaha membangunkan teknologi mengggunakan CD untuk digunakan dalam konsolnya yang lebih baru, tetapi data penyimpanan tersebut menghadapi masalah seperti mudah dipadam serta mudah dicetak rompak. Semasa syarikat Sony dan Philips sedang membangunkan format CD, Nintendo segera berunding dengan Sony untuk membangunkan sejenis CD-ROM bagi format Nintendo, yang dinamakan secara sementaraan sebagai "SNES-CD". Pada masa itu, Nintendo memilih untuk bekerjasama dengan Sony kerana Ken Kutaragi yang dikenali sebagai "Bapa PlayStation" telah memperkenalkan cip mikropemproses Sony SPC-700 untuk digunakan sebagai cip sintesis audio bagi konsol Super Famicom/SNES. Selain itu, Sony juga merancang untuk membina konsol serasi Nintendo berjenama sendiri yang boleh memainkan kesemua katrij permainan Nintendo serta format baru CD-ROM SNES yang hendak dibangunkan, memberikan Sony darjah kawalan yang lebih besar terhadap Nintendo.
Pada tahun 1989, projek SNES-CD sepatutnya diumumkan semasa Pertunjukan Elektronik Pengguna, tetapi dibatalkan secara mengejut oleh Nintendo kerana Hiroshi Yamauchi telah membaca kontrak tahun 1988 antara Nintendo dengan Sony dan sangat marah dengan syarat yang terkandung di dalam kontrak tersebut. Sebaliknya, Nintendo mengambil keputusan untuk membatalkan kerjasama dengan Sony dan seterusnya bekerjasama pula dengan Phillips dengan syarat Nintendo mempunyai lebih kuasa terhadap projek tersebut yang bakal dikeluarkan oleh Phillips. Pengumuman tersebut amat mengejutkan, terutamanya di kalangan komuniti bisnes Jepun kerana ia dianggap satu pengkhianatan besar - sebuah syarikat Jepun tergamak menikam syarikat Jepun lain dan seterusnya bersekongkol dengan syarikat asing - satu perkara yang dianggap tidak masuk akal di kalangan dunia korporat Jepun.
Sungguhpun Nintendo menamatkan kerjasama dengan Sony, namun Sony tetap membangunkan projek tersebut yang dinamakan sebagai Play Station. Tindakan tersebut membawa kepada perbalahan di dalam mahkamah, di mana Nintendo menuntut agar Sony berhenti membangunkannya atas alasan kononnya nama Play Station dimiliki oleh Nintendo. Namun demikian, mahkamah menolak tuntutan Nintendo.
Pada penghujung 1992, Sony dan Nintendo mencapai persefahaman di luar mahkamah, di mana Sony masih boleh membangunkan konsol baru tersebut, tetapi Nintendo memiliki hak menerima keuntungan bersih daripada permainan bagi konsol tersebut. Selain itu, konsol baru itu juga seharusnya mempunyai satu port yang membolehkan permainan lama Nintendo dimainkan. Dalam masa yang sama juga, Nintendo akan terus menggunakan cip buatan Sony di dalam konsol SNES. Namun demikian, Sony menyedari bahawa teknologi SNES sudah dianggap lapuk, maka Sony membangunkan semula konsol baru tersebut daripada mula tanpa menyertakan port untuk katrij Nintendo, dan konsol buatan Sony tersebut dinamakan semula sebagai "PlayStation", tanpa jarak antara kedua-dua perkataan tersebut. Pada tahun 1999, versi PlayStation yang lebih kecil iaitu PS One diperkenalkan. Sejak dilancarkan, PlayStation menjadi konsol yang paling lama dikeluarkan di dalam industri permainan video. Pengeluaran PlayStation ditamatkan pada 23 Mac 2006

Sumber : Wikipedia