Belajarlah dari matahari: adil menebar cahaya dan memberikan kehangatan kepada semua, baik yang terawang-awang di angkasa mahupun yang berterbangan di atas bumi, kepada yang miskin mahupun yang kaya,yang mulia hatinya juga buat si kejam… kepada semua makhluk ciptaan Ilahi.
Belajarlah dari bunga: sentiasa senyum menyebarkan harumannya menghadiahkan kecantikan untuk mengubathati yang gundah, juga menggembirakan setiap mata yang memandang.
Belajarlah dari lebah: sentiasa berganding bahu, bekerja dengan hati yang riang dan semangat membara.
Belajarlah dari pokok: menghadiahkan buah yang manis dan segar sambil menundukkan dahannya.
Belajarlah dari bulan: tenang memancarkan cahayanya yang kemilau dan indah buat menyuluh malam yanggelap.
Belajarlah dari sungai: tabah bergerak menuju ke destinasi dengan meredah apa saja halangan hinggalahsampai ke muara. Airnya yang lembut dan tenang tapi tiada sorang pun mampumenghalang kemaraannya.
Belajarlah dari daun yang luruh: sabar ketika menghadapi kesukaran, sentiasa tersenyum menunggu hari yang baikdan sesuai untuk tumbuh kembali.
Belajarlah dari hutan: kehadirannnya dinanti-nantikan buat menyejuk alam yang hangat, membasahikekeringan, menghijaukan tanah yang gersang dan memberi ‘nyawa’ kepada tumbuh-tumbuhan.
Lihatlah kedalam diri, pelajari sifat-sifat alam yangdicipta Sang Penguasa Agung. Ya, belajarlah dari alam kerana kita jugasebahagian darinya.