Pekerja Yang Diidamkan Majikan



Semasa menceburi bidang pekerjaan, George Edward, seorang jurutera dipanggil oleh pengurus syarikat tempatnya bekerja. “George… untuk jadi pekerja yang baik, awak perlu amalkan 9 sifat ini,” kata ketuanya lalu menerangkan satu persatu.
  1. Jangan berbohong. Ia membuang masa saya dan masa awak juga. Ingat, awak pasti tertangkap juga akhirnya - itu adalah akhiran yang tentu sekali menyakitkan.
  2. Tengok kerja awak, bukannya jam. Bila awak tekun bekerja, hari yang panjang akan berasa begitu pendek, tapi kalau asyik tengok jam, muka dan muncung awak akan jadi panjang.
  3. Berikan saya lebih daripada yang saya harapkan, saya akan bayar lebih daripada yang awak jangkakan. George, saya boleh tambah gaji awak, tak ada masalah, dengan syarat… awak tingkatkan keuntungan syarikat dulu.
  4. Sayang dan hargai diri. Sentiasalah rasa terhutang budi pada diri sendiri.
  5. Perbutan keji bukan terjadi secara kebetulan. Jangan buat perkara-perkara yang buruk kerana pekerja yang baik boleh mengenal pasti pengaruh-pengaruh negatif.
  6. Buat hal sendiri, jangan peduli orang lain. Dengan adanya masa yang terluang itu, awak boleh merancang sesuatu yang berfaedah untuk diri sendiri.
  7. Jangan rosakkan nama baik awak. Pekerja yang sanggup mencuri untuk diri saya, pasti juga akan mencuri sesuatu dari saya.
  8. Jangan beritahu benda yang saya suka dengar. Saya tak perlukan budak suruhan untuk memenuhi kehendak peribadi saya, tapi seorang yang boleh diharapkan untuk menambah wang syarikat.
  9. Kalau awak berbaloi diperbetulkan, maknanya awak juga berbaloi untuk terus menjadi pekerja kami.
Sambung si pengurus tadi, 9 keperluan tadi menjadi asas kepada perhubungan yang baik antara majikan dan pekerja. George mengamalkan semua 9 keperluan tersebut dan akhirnya dia menjadi salah seorang jurutera terkenal di dunia. Pembaca sekalian, tidak kira di pihak mana kita berada, dalam sektor mana kita bekerja, pesanan diatas relevan untuk diamalkan.